Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
'Itu sahaja? Ingat berani nak bubar parlimen'
Diterbitkan:  Sep 17, 2017 7:10 PM
â‹…
Dikemaskini: Sep 18, 2017 12:17 AM

Ramai pihak, termasuk pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN), barangkali menunggu dengan penuh debaran pengumuman yang akan dibuat Datuk Seri Najib Razak hari ini, memandangkan perdana menteri memanggil semua pemimpin utama Umno untuk menyertai sidang media di ibu pejabat parti itu.

Namun ia menjadi semacam anti-klimaks apabila pengumuman itu berkaitan kemasukan semula bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib kepada Umno, dan ia mencetuskan sindiran daripada pemimpin HARAPAN.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerusi Twitter menyifatkan Umno seperti mengutip surat khabar lama dengan penyertaan semula bekas menteri besar Selangor itu.

"Sau kau po ji," katanya, memetik ungkapan daripada dialek Kantonis yang sering digunakan pembeli surat khabar lama yang bermaksud "kutip surat khabar lama".

"Mengganggu masa rakyat Malaysia di hujung minggu dengan sidang media tadi. Saya nak pergi jogging dengan keluarga," katanya lagi.

Muhammad atau lebih dikenali sebagai Mat Taib menyertai PKR pada 2015. Beliau mula terlibat dengan pembangkang apabila keluar Umno untuk menyertai PAS pada April 2013.

Lebih menimbulkan tanda tanya apabila Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden Umno Datuk Ahmad Zahid Hamidi memendekkan programnya di Perlis dan pulang ke Kuala Lumpur untuk menyertai sidang media itu.

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Ahmad Maslan pula berkata, beliau terbang dari Sabah khusus untuk menyertainya.

Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin pula berkata, tujuan sebenar Najib memanggil pemimpin utama Umno adalah untuk memberikan cenderamata selepas kepulangannya daripada lawatan luar negara.

"Sebenarnya Najib panggil semua MT sebab nak agihkan fridge magnet dari AS dgn UK (kepada mereka)," sindirnya di Twitter.

"Hadirmu tidak dirasai, pergimu tidak ditangisi," katanya lagi merujuk perkembangan itu.

Exco Selangor Datuk Teng Chang Khim pada mulanya meramalkan pengumuman Najib berhubung PAS menarik diri daripada kerajaan negeri itu.

Namun selepas pengumuman dibuat, Naib Pengerusi DAP Selangor itu hanya berkata, "Maaf, jangkaan saya terhadap PM terlalu tinggi".

Pada mulanya, ramai pihak yang meramalkan pengumuman Najib pembubaran parlimen, namu ia dinafikan Ahmad Zahid.

Antaranya adalah Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

"Itu sahaja? Ingat berani nak bubar parlimen. Saya rasa Najib pun tahu, kalau parlimen dibubarkan sekarang, BN akan tewas," katanya.

Berikut antara komen-komen di laman sosial:

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS