Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Rizal: Bila banjir salahkan hujan pula
Diterbitkan:  Sep 18, 2017 12:30 PM
Dikemaskini: 4:35 AM

Pegawai khas kepada perdana menteri Datuk Rizal Mansor berkata kerajaan DAP Pulau Pinang hanya membuat ‘janji haprak’ bagi menyelesaikan masalah banjir.

Katanya, setelah dua penggal mentadbir Pulau Pinang, DAP dilihat masih gagal menguruskan bencana alam itu.

"Inilah yang dikatakan sebagai janji 'haprak' oleh DAP bersama-sama Pakatan Harapan.

“Belum menang menjanjikan bulan dan bintang kepada pengundi tetapi bila menang, bencana banjir dia kata pasal hujan terlampau lebat pula.

"Dulu, Lim Guan Eng janji nak selesaikan masalah banjir dalam satu penggal sahaja tetapi kini sudah dua penggal tadbir Pulau Pinang, DAP masih gagal menguruskan masalah banjir sehingga berlakunya bah besar yang menyusahkan semua pihak,” kata Rizal.

Lim pada 14 Disember 2013 berkata gabungan pembangkang ketika itu, Pakatan Rakyat, mampu menyelesaikan masalah banjir di Pahang hanya dalam tempoh satu penggal jika berkuasa di peringkat negeri dan Putrajaya.

Menulis di Facebook, Rizal mempersoalkan kemampuan DAP dan Pakatan Harapan untuk menguruskan negara ini kerana “negeri kecil pun tak mampu diuruskan dengan baik”.

"Fikirlah sendiri, sudah terang lagi bersuluh jawapannya,” kata pembantu isteri perdana menteri Rosmah Mansor itu.

Di Pulau Pinang berlaku banjir kilat di beberapa kawasan di George Town, dipercayai berpunca daripada taufan Doksuri yang menyebabkan berlaku taburan hujan luar biasa.

Hujan lebat lebih lima jam dengan air laut pasang setinggi 2.1 meter pada 15 September lalu mengakibatkan 100 kawasan di lima daerah di Pulau Pinang ditenggelami air dan beberapa kawasan mengalami tanah runtuh.

Lihat Komen
ADS