Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lupakan Langkawi, Putrajaya, Nazri cabar Dr M ke Padang Rengas

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz hari ini sekali lagi mengulangi cabarannya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad supaya ‘bertarung' dengannya pada pilihan raya umum akan datang.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, Mahathir sepatutnya bertanding di Padang Rengas pada pilihan raya umum ke-14 akan datang berbanding di Putrajaya dan Langkawi.

“(Suruh Mahathir bertanding di) Padang Rengaslah.

“(Jika) tak ada peluang (menang) di Padang Rengas, jadi ia berita baik untuk saya," kata Nazri kepada pemberita di ibu negara hari ini.

Nazri mengulas soalan berhubung kenyataan Mahathir dalam temubual eksklusif bersama Malaysiakini bahawa beliau akan bertanding di Putrajaya atau Langkawi jika terpaksa.

Pada Mac lalu, Nazri pernah mengeluarkan kenyataan sama mencabar Mahathir supaya bertanding di kawasan parlimennya.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS