Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini menyatakan beliau belum menerima kertas siasatan berkaitan syarikat SRC International Sdn Bhd (SRC).

Memaklumkan baru pulang dari Mekah, Apandi berkata beliau baru memulakan tugas dan belum banyak maklumat yang sampai kepadanya.

"Saya baru masuk pejabat satu hari, dan sejujurnya belum tahu apa yang berlaku.

"Saya kena lihat semua dan saya tak boleh beri jawapan positif (buat masa ini)," katanya di Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini Apandi berkata pihaknya menjangkakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan melengkapkan siasatan terhadap syarikat itu pada Mei.

SRC disiasat berhubung wang bernilai RM42 juta yang dimasukkan ke akaun persendirian Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Apandi, tidak ada masalah besar apabila laporan itu disiapkan lewat jika ia memberi masa kepada pihak berkuasa melakukan penelitian lebih menyerluruh.

Ditanya mengenai tarikh akhir yang disebutnya sebelum ini, Apandi memberitahu beliau tidak boleh mendesak kerana SPRM juga perlu menyiasat kes-kes lain.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS