Taufan Maria berpotensi akibatkan bencana besar
Diterbitkan: Sep 19, 2017 11:30 AM | Dikemas kini: Sep 19, 2017 11:31 AM
GLOBAL l Taufan Maria yang berada pada kategori tahap 5 kini bergerak menghampiri Dominica di timur Caribbean, menurut kenyataan Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat, lapor agensi berita China Xinhua.
Taufan berkenaan berpusat di 25 kilometer timur-tenggara Dominica dan 70 kilometer dari Martinique di timur Laut Caribbean.
Ia bergerak ke barat laut dengan kelajuan 15 kilometer sejam dengan kelajuan angin maksimum 260 kilometer sejam.
Taufan tahap 5 adalah yang paling tertinggi dalam skala Saffir-Simpson.
- Bernama

