Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Fuaad Kenali ketuai Malakoff mulai 1 Oktober

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Holdings Bhd (Proton), Datuk Ahmad Fuaad Mohd Kenali, dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff Corp Bhd (MCB) yang baharu, berkuat kuasa 1 Okt.

MCB, pengeluar tenaga bebas, memberitahu Bursa Malaysia, dengan pelantikan Ahmad Fuaad, pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya, Habib Husin, akan melepaskan jawatan itu berkuat kuasa 1 Okt, namun kekal sebagai Naib Presiden Eksekutif, Operasi syarikat.

Ahmad kekal sebagai ahli lembaga pengarah pembuat kereta nasional itu hingga 30 Sept. Beliau dilantik Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Proton pada 1 April tahun lepas.

Sebelum berkhidmat dengan Proton, beliau ialah Ketua Pegawai Operasi - Kewangan & Korporat serta Ketua Pegawao Kewangan (CFO) DRB-HICOM Bhd dari Ogos 2013 hingga Mac 2016.

Beliau memulakan kerjayanya dengan Arthur Andersen & Co pada 1994.

- Bernama

Lihat Komen
ADS