Pusat pemindahan banjir dibuka di Alor Gajah
Diterbitkan: Sep 19, 2017 12:09 PM | Dikemas kini: Sep 19, 2017 12:11 PM
Hujan lebat pada malam tadi menyebabkan sebuah pusat pemindahan sementara dibuka di Alor Gajah.
Anggota Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Alor Gajah, Kapten Mohammad Fairul Asikin Kadir berkata mangsa banjir itu ditempatkan di Balai Raya Tanjung Rimau Luar pada 11 malam tadi.
“Sehingga kini seramai 19 mangsa daripada empat keluarga berteduh di pusat pemindahan tersebut,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Beliau berkata hanya sebuah kampung yang terjejas iaitu Kampung Tanjung Rimau Luar apabila paras air di Sungai Gadek mula melimpah akibat hujan lebat pada tengah malam tadi.
Katanya keadaan cuaca pagi ini baik namun air sungai sedikit meningkat.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.