Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kita pernah mengkritik dasar imperialisme Amerika...
Diterbitkan:  Sep 19, 2017 3:03 PM
Dikemaskini: 7:28 AM

Dasar luar Malaysia bagai langit dan bumi jika dibandingkan dengan pentadbiran perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad, kata seorang tokoh akademik.

Timbalan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) Prof Dr Shaharuddin Badaruddin berkata Malaysia dahulu berani menunjukkan ketegasan dalam isu kemanusiaan di wilayah bergolak seluruh dunia.



Bagaimanapun, bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak kini, Malaysia didakwa hilang jati diri dan tunduk kepada kuasa besar demi kepentingan politik, lapor Selangorkini.

“Di era Dr Mahathir, kita lantang mengkritik dasar imperialisme Amerika Syarikat (AS) termasuk kedudukan AS yang selalu menekan timur dan perluasan kuasa di wilayah timur.

“Tetapi di era Najib, dasar luarnya tak pasti, tiada fokus, tidak pula bersifat hero kerana banyak perkara yang patut dikritik kita tak buat begitu,” beliau dipetik sebagai berkata kepada media rasmi kerajaan Pakatan Harapan itu.

Shaharuddin berkata, Najib telah gagal menunjukkan pendirian Malaysia dalam pelbagai isu seperti isu dominasi China di Laut China Selatan, isu kehilangan pesawat MH370 dan isu MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine.

Dakwanya, dasar luar di era Najib mengambil kira kepentingan politik.

“Apabila kita mengharapkan China melabur di Malaysia, maka kita banyak beri ruang dan tidak berani kritik China dan sebagainya,” katanya lagi.

Lihat Komen
ADS