Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Ramai lagi pemimpin pembangkang akan masuk Umno'

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa hari ini mengesahkan ramai lagi anggota politik Pakatan Harapan (PH) akan menyertai UMNO susulan kembalinya bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhamad Taib ke pangkuan parti itu.

Beliau berkata pengumuman perkara berkenaan akan dilakukan secara berperingkat-peringkat.

"Saya sahkan memang ada anggota daripada PH yang akan menyertai UMNO dan kembali kepada UMNO, pengumuman itu kami akan dilakukan secara berperingkat, kita tunggu sahajalah," katanya kepada pemberita selepas Program Bicara Minda dan Sesi Dialog Bersama Rakyat di Kolej Mara Banting di Kuala Langat semalam.

Annuar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan media bahawa terdapat lapan anggota politik lain dari Selangor sepatutnya menyertai Muhammad Taib ketika beliau diumumkan menyertai kembali UMNO Ahad lalu.

Muhammad Taib keluar daripada UMNO pada 2013 untuk menyertai PAS dan kemudian meninggalkan PAS untuk menganggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2015.

Mengulas lanjut, Annuar berkata pergeseran dalaman antara parti-parti komponen PH, tiada agenda untuk membangunkan ekonomi rakyat dan negara dilihat menjadi punca anggota politik yang berkenaan berminat dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"PH ini bukan sebenarnya mahu membantu rakyat dan membangunkan negara, mereka hanya berebut kuasa dan membuat tohmahan dan fitnah semata-mata.

"...dan sekarang banyak tohmahan dan fitnah mereka ini telah terjawab dengan sendiri, isu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan ditangkap jika ke Amerika Syarikat ternyata tipu, isu 1MBD, wang derma daripada keluarga diraja Arab Saudi, semua itu sudah terjawab dan rakyat sendiri dapat melihat permainan kotor politik pembangkang ini," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS