Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Penutupan sementara kedai 1Malaysia untuk penambahbaikan'
Diterbitkan:  Sep 21, 2017 5:46 AM
Dikemaskini: Sep 21, 2017 8:21 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata penutupan sementara Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) adalah sebahagian daripada penambahbaikan seperti dinyatakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Julai lepas.

Katanya langkah itu adalah sebahagian daripada rancangan kementerian untuk menambah baik kelemahan sebelum ini melalui inisiatif yang dinamakan KR1M 2.0.

Penambahbaikan ini bukan sahaja menawarkan harga barangan keperluan lebih murah tetapi juga memberi lebih banyak pilihan barangan kepada pelanggan serta menggalakkan keusahawanan dan membuka peluang perniagaan kepada orang ramai, katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata penambahbaikan itu juga akan menggalakkan kerjasama yang lebih baik antara agensi kerajaan dan membuka peluang perniagaan yang luas kepada pengilang dan pengeluar tempatan.

Butiran lanjut mengenai penambahbaikan itu akan diumumkan dalam masa terdekat dan ia merupakan sebahagian daripada komitmen kementerian untuk menambah baik dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang awam, katanya.

- Bernama
 

Lihat Komen
ADS