Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Trump gesa tindakan pantas PBB tamatkan krisis Rohingya
Diterbitkan:  Sep 21, 2017 10:10 AM
Dikemaskini: 4:09 AM

GLOBAL Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan "tegas dan pantas' untuk menamatkan keganasan terhadap penduduk Muslim Rohingya Myanmar, kata Naib Presiden, Mike Pence pada hari Rabu, sambil mengisytiharkan krisis tersebut sebagai ancaman kepada dunia.

Bercakap di mesyuarat Majlis Keselamatan mengenai pembaharuan usaha pengaman, Pence menuduh tentera Myanmar bertindak balas terhadap serangan militan di pos-pos kerajaan "dengan kejam dan dahsyat, membakar kampung, mengakibatkan Rohingya melarikan diri dari kediaman mereka."

Pence mengulangi gesaan AS supaya tentera Myanmar menamatkan keganasan dan menyokong usaha diplomatik untuk mencari penyelesaian jangka panjang terhadap isu Rohingya, yang dinafikan kewarganegaraan di negara di mana ramai penganut Buddha menganggap mereka sebagai pendatang tanpa izin.

"Presiden Trump dan saya juga menyeru Majlis Keselamatan PBB mengambil tindakan tegas dan segera untuk menamatkan krisis ini dan membawa harapan dan membantu rakyat Rohingya ketika mereka memerlukan pertolongan," katanya kepada 15 anggota majlis.

Majlis 15 anggota itu telah bertemu dua kali secara tertutup sejak krisis itu bermula pada 25 Ogos dan minggu lepas mengeluarkan kenyataan tidak rasmi kepada akhbar mengutuk situasi tersebut dan mendesak pihak berkuasa Myanmar untuk menamatkan keganasan.

"Kecuali jeganasan ini dihentikan, demi keadilan, ia akan menjadi semakin buruk. Dan ia akan menanam benih kebencian dan kekacauan yang boleh memusnahkan rantau tu untuk generasi mendatang dan mengancam keamanan kita semua," kata Pence.

Ia merupakan tindak balas kerajaan AS yang paling kuat terhadap keganasan di negeri Rakhine Myanmar yang bermula pada 25 Ogos dan memaksa 422,000 Rohingya lari ke Bangladesh bagi mengelak serangan ketenteraan yang PBB lihat sebagai pembersihan etnik.

[Baca berita penuh]

- Reuters

Lihat Komen
ADS