Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Dr M tidak tahu jika ‘jutaan wang’ dibayar
Diterbitkan:  Sep 21, 2017 12:57 PM
Dikemaskini: 5:59 AM

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengulas dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa berjuta-juta telah dibelanjakan untuk mengatur satu pertemuan antara bekas perdana menteri itu dengan Presiden Amerika Syarikat, George W Bush.

Dalam satu catatan blog, Mahathir memberi tumpuan kepada perjumpaannya dengan pengganti Bush, iaitu Ronald Reagan pada tahun 1984 dan membandingkannya dengan lawatan Najib ke White House minggu lalu.

Najib sebaik mendarat di KLIA membidas Mahathir dengan mendakwa jutaan ringgit dibayar kepada pelobi menerusi kontrak Tenaga Nasional supaya mengaturkan pertemuan dengan Bush di White House.

Perdana Menteri berkata Mahathir menyerahkan tugas itu kepada bekas Menteri Dalam Negeri, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub yang bertanggungjawab mengaturkan pertemuan berkenaan.

Anak allahyarham, Datuk Megat Fairouz juga mendakwa berjuta-juta dibayar untuk pertemuan itu dalam laporan berita pada hujung minggu.

Walau bagaimanapun, Mahathir, dalam catatan blognya, tidak menjelaskan presiden AS mana yang dirujuknya.

“Anak Megat Junid, Megat Fairouz kata saya bayar bermillion kepada pelobi untuk berjumpa dengan Presiden Amerika. Ini kononnya diberitahu oleh bapanya.

“Saya tidak tahu benar atau tidak kenyataan ini. Mungkin pegawai Wisma Putera yang mengurus perkara lawatan saya yang tahu.

“Yang saya tahu tidak ada arahan dari saya untuk lobi. Tak apalah Fairouz, anak sahabat saya nak cari makan,” katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS