Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Benarkan orang Sabah, Sarawak mengundi di semenanjung
Diterbitkan:  Sep 21, 2017 1:06 PM
Dikemaskini: 6:45 AM

BERSIH menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) meminda peraturan sedia ada bagi membolehkan pengundi semenanjung Malaysia yang menetap di Sabah dan Sarawak untuk mengundi di sana, dan sebaliknya.

Pertubuhan pendesak reformasi pilihan raya itu berkata ada keperluan mendesak bagi pembaharuan itu dilakukan, seperti yang disyorkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya pada 2011.

BERSIH menganggarkan sejumlah lebih 150,000 pengundi berdaftar dari Sabah dan Sarawak yang kini menetap di semenanjung Malaysia.

"Setiap kali pilihan raya, mereka perlu membelanjakan ratusan ringgit dan mengambil masa untuk pulang dan mengundi di kawasan asal mereka.

"Kesulitan ini mengakibatkan peratusan keluar mengundi yang lebih rendah dan ia menjadi halangan besar terhadap hak mengundi sejumlah besar pengundi.

"Hakikatnya peratusan keluar mengundi di Sabah dan Sarawak dalam pilihan raya umum yang lalu lebih rendah berbanding kawasan lain," kata BERSIH dalam sidang media hari ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS