Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Tong gas meletup, 5 pekerja melecur
Diterbitkan:  Sep 21, 2017 3:42 PM
Dikemaskini: 7:51 AM

Lima pekerja warga asing cedera parah akibat melecur selepas sebuah tong gas memasak meletup di sebuah kilang pembekal kopitiam terkenal di Jalan Subang 10, Subang hari ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Mohammad Azlin Sadari berkata kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 pagi itu turut mengakibatkan seorang pekerja patah kaki manakala dua lagi cedera ringan.

"Tujuh mangsa dihantar untuk menerima rawatan di Hospital Serdang manakala seorang lagi menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca kejadian.

Difahamkan, tong gas memasak jenis domestik meletup di bahagian dapur kilang berkenaan sebelum mencetuskan api.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 8.04 minit pagi sebelum tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit selepas itu.

Katanya 30 pegawai dan anggota bersama-sama empat jentera daripada balai bomba dan penyelamat Subang, Puchong, Zon Petaling dan Ibu Pejabat Selangor terlibat dalam operasi berkenaan.

- Bernama


 

Lihat Komen
ADS