Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Aktivis mohon pindaan saman pemula kes Zakir Naik

Pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia, P Waythamoorthy dan 16 aktivis lain semalam memfailkan permohonan untuk meminda saman pemula mereka.

Mereka memohon untuk menarik balik 10 pengisytiharan dan memasukkan dua lagi yang baru berkaitan pendakwah tersohor Islam, Dr Zakir Naik.

Ini didedahkan kepada hakim Mahkamah Tinggi Datin Azizah Nawawi di Kuala Lumpur oleh peguam plaintif, S Karthigesan, di kamar hari ini.

Azizah sebelum ini menetapkan hari ini untuk mendengar permohonan daripada defendan, yang terdiri daripada Menteri Dalam Negeri, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Ketua Polis Negara dan kerajaan, untuk membatalkan perkara itu.

"Oleh itu, permohonan kami untuk meminda saman pemula akan didengar terlebih dahulu. Berikutan itu, mahkamah akan menetapkan tarikh lain untuk permohonan mengketepikan saman,” Karthigesan kepada pemberita.

Azizah kemudian menetapkan 11 Oktober untuk mendengar permohonan itu untuk meminda dokumen asal yang difailkan oleh aktivis berkenaan.

Mereka itu termasuk ADUN Bingkor Jeffrey Kitingan, peguam Siti Kassim dan Pengarah Centre for Policy Initiativ, Lim Teck Ghee.

Antara pengisytiharan yang mahu ditambah itu:

Bahawa Zakir adalah seseorang yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam persekutuan dan hubungannya dengan negara lain; dan

Bahawa Zakir bukanlah seseorang yang berhak mendapatkan status pemastautin tetap di Malaysia.

Antara pengisytiharan dari saman pemula yang mereka mahu gugurkan adalah supaya salah seorang daripada defendan itu untuk menangkap Zakir dan mengusirnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS