Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Azizah: Ada isu di balik isu
Diterbitkan:  Sep 21, 2017 6:03 PM
Dikemaskini: 10:13 AM

Di sebalik isu kebakaran tragis sebuah sekolah tahfiz di ibu negara sahaja, terdapat isu lain yang lebih besar, kata ketua pembangkang.

Datuk Seri Wan Azizah Ismail berpendapat tragedi itu secara tidak langsung menyerlahkan dua lagi masalah serius, iaitu penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar dan keciciran pendidikan.

Beliau justeru berkata kerajaan tidak harus menumpukan perhatian kepada tujuh remaja yang disyaki terlibat tetapi turut menangani isu lebih besar.

“Memandangkan kemelut ini berlarutan sebagai masalah besar negara, maka saya cadangkan menteri dalam negeri mengundang semua wakil parti politik, NGO dan lain-lain untuk mengadakan perbincangan mengenai masalah dadah dalam negeri,” katanya.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh pada 16 September berkata semua tujuh suspek berusia antara 11 hingga 18 tahun itu ada yang masih bersekolah dan ada yang tidak.

Keputusan ujian air kencing pula menunjukkan enam daripada tujuh suspek positif ganja.

Dalam kenyataan hari ini, Wan Azizah berkata penyalahgunaan dadah telah merebak ke seluruh pelosok negara.

“Hampir setiap keluarga terkesan secara langsung atau melalui kenalan mereka.

“Jumlah penagih terutama di kalangan masyarakat Melayu dan India mencecah ratusan ribu,” kata presiden PKR itu.

Dakwanya, walaupun terdapat undang-undang keras, penagih dan pengedar diberkas, namun jarang sekali kedengaran tauke besar dadah didakwa.

Sementara itu, Azizah juga berkata terdapat beberapa persoalan berbangkit susulan tragedi itu, termasuk keciciran pelajar sekolah.

“Pertama, rakyat terdedah dengan maklumat anak-anak yang tidak ke sekolah.

“Apakah selama ini kita memperoleh maklumat keciciran yang sebenar?” katanya lagi.

Lihat Komen
ADS