Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM tahan setiausaha politik, pembantu, kerani YB
Diterbitkan:  Sep 21, 2017 10:37 PM
Dikemaskini: 2:39 PM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga kakitangan seorang anggota parlimen bagi membantu siasatan kes rasuah dalam isu berkaitan imigresen.

Mereka yang ditahan berkhidmat sebagai setiausaha politik, pembantu peribadi dan kerani kepada ahli parlimen yang tidak dinamakan itu, lapor Berita Harian.

Setiausaha politik 45 tahun itu dilapor ditahan di pejabat SPRM Kuala Lumpur kira-kira jam 8 malam tadi.

Penahanan dibuat beberapa jam selepas pasukan penyiasat menahan kerani dan pembantu peribadi anggota parlimen itu, dipercayai membabitkan suapan berjumlah RM20,000.

Sumber memberitahu akhbar itu, kerani dan pembantu peribadi itu ditahan di sebuah restoran di Taman Maluri kira-kira jam 1.45 tengah hari ini.

Menerusi maklumat awal, syarikat milik pengadu dikatakan membawa masuk pekerja asing bertaraf buruh menggunakan kelayakan profesional dan diketahui ketiga-tiga suspek.

Pengadu mendakwa diminta menyediakan wang RM55,000 bagi menyelesaikan urusan berkaitan imigresen.

Berita Harian difahamkan, SPRM akan mendapatkan perintah reman pagi esok.

Lihat Komen
ADS