Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Banjir Perlis: 2,392 terkandas di pusat pemindahan

Sebanyak 2,392 mangsa banjir masih berada di 12 pusat pemindahan di Perlis setakat tengah hari ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Wanita, Kebajikan dan Perpaduan Negeri, Rela Ahmad.

Menurut beliau pusat pemindahan yang dibuka melibatkan empat buah dalam kawasan Parlimen Kangar, enam di Padang Besar dan dua di Arau.

“Hujan masih berterusan di kebanyakan kawasan hingga menyebabkan kebanyakan sungai melimpahi dari tebing dan berlaku banjir.
Terdapat dua batang sungai yang berada pada paras bahaya iaitu Sungai Jarum sedalam 33.93 meter dan Sungai Repoh (5.22 meter).

“Sementara tiga lagi sungai berada pada paras berjaga-jaga iaitu Sungai Kampung Bakau (3.26 meter), Sungai Pelarit (38.68 meter) dan Sungai Chuchoh (37.86 meter),” katanya.

Rela berkata Empangan Timah Tasoh berada dalam keadaan normal dengan paras air 29.92 meter.

Antara kawasan yang terlibat dengan banjir ialah Tebing Tinggi, Wang Besar dan Sungai Batu Pahat di Bintong, Kampung Bakau dan Repuh di sekitar bandar Kangar, Titi Tinggi, Jalan Kaki Bukit, Jalan Santan, Arau, Tambun Tulang, Chuping dan Guar Sanji dengan setengah tempat air melintasi jalan raya dan merbahaya untuk kenderaan ringan.

-Bernama

Lihat Komen
ADS