Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Boeing unjur permintaan 4,210 pesawat baharu di Asia Tenggara

Boeing mengunjurkan permintaan sebanyak 4,210 pesawat baharu, bernilai AS$650 bilion, dalam tempoh 20 tahun akan datang di Asia Tenggara susulan rantau ini akan terus mencatatkan pertumbuhan trafik tahunan yang kukuh sebanyak 6.2 peratus, mengatasi kadar pertumbuhan purata dunia sebanyak 1.5 peratus.

Naib Presiden Kanan Jualan Asia Pasifik dan India, Boeing Commercial Airplanes Dinesh Keskar berkata Asia Tenggara terus menjadi antara pasaran yang paling pesat berkembang di dunia dan kawasan tumpuan utama Boeing, berikutan rantau ini menyumbang lebih 10 peratus daripada jumlah permintaan global.

"Dipacu oleh persaingan sengit dan permintaan penumpang yang semakin meningkat, syarikat penerbangan di Asia Tenggara memerlukan pesawat yang paling sesuai, fleksibel, menjimatkan dan yang menjadi pilihan penumpang.

"Dengan teknologi baharu mereka, keupayaan yang baik dan cekap, tempahan yang berterusan bagi pesawat 737 MAX, termasuk 737 MAX 10 yang baharu, dan 787 Dreamliner, menunjukkan nilai pesawat Boeing disediakan bagi syarikat penerbangan di rantau ini, " kata Keskar dalam kenyataan.

Dalam Prospek Pasaran Semasa Asia Tenggara yang dikeluarkan di Singapura semalam, pengeluar pesawat itu mendedahkan pesawat satu lorong seperti kumpulan 737 MAX, akan menyumbang lebih 70 peratus daripada serahan baharu.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, model perniagaan kos rendah itu terus menjadi pemacu pertumbuhan trafik yang utama di Asia Tenggara, yang berkembang kepada lebih 50 peratus daripada jumlah pasaran Asia Tenggara.

 

-Bernama

Lihat Komen
ADS