story images
story images
mk-logo
Berita
Laporan: Korea Utara perhitung ujian bom hidrogen di laut Pasifik
Diterbitkan:  Sep 22, 2017 9:39 PM
Dikemaskini: 1:50 PM

GLOBAL| Korea Utara mungkin akan membuat ujian bom hidrogen di laut Pasifik selepas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berikrar mahu memusnahkan negara itu, dengan pemimpin Kim Jong Un berjanji untuk membuatkan Trump membayar harga yang mahal atas kenyataan beliau, lapor agensi berita Reuters hari ini.

Menteri luar Korea Utara Ri Yong Ho dipetik Reuters sebagai berkata negara itu boleh memperhitungkan ujian bom hidrogen dalam skala yang besar ke atas laut Pasifik.

Laporan itu juga turut memetik mesej presiden Trump di Twitter.

"Kim Jong Un dari Korea Utara sangat jelas tidak waras yang tidak kisah menjadikan rakyatnya kebulur atau membunuh rakyatnya sendiri itu akan diuji sebagaimana yang tidak pernah disaksikan sebelum ini," kata Trump.

Dalam ucapan pertamanya di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa lalu, Trump mahu 'memusnahkan Korea Utara sepenuhnya', sebuah negara dengan rakyat seramai 26 juta, jika ia mengancam Amerika Syarikat dan sekutunya serta menggelarkan Kim sebagai 'rocket man' dalam misi membunuh diri.

Kim juga dipetik Reuters sebagai berkata Korea Utara akan memperhitungkan tindak balas yang paling keras dalam sejarahnya terhadap AS dan komen Trump membuktikan program nuklear negara itu sebagai berada 'di jalan yang benar'.

Pyongyang menjalankan ujian nuklear ke enam dan yang terbesar setakat ini pada 3 September 2017 lalu serta telah melancarkan beberapa siri peluru berpandu tahun ini.

Lihat Komen
ADS