Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
K’jaan belanja RM2.6b bagi tebatan banjir Pulau Pinang

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menafikan dakwaan bahawa Putrajaya tidak memberi dana yang sewajarnya untuk membantu masalah banjir di Pulau Pinang.

Beliau berkata kerajaan persekutuan telah membelanjakan RM2.58 bilion untuk projek tebatan banjir di negeri itu sejak 2006.

Bercakap pada sidang akhbar hari ini, Wan Junaidi berkata beliau memiliki senarai projek berkenaan, tetapi tidak mengedarkannya kepada media.

Beliau berkata satu-satunya projek yang belum dimulakan ialah di Sungai Pinang. Kelewatan itu, katanya, berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri menyelesaikan isu-isu pengambilan tanah dalam masa yang ditetapkan.

"Kerajaan negeri hanya menyelesaikan isu pengambilan tanah pada tahun 2016... Mereka mengambil masa yang lama dan prosesnya panjang, ini tidak dapat dielakkan," kata menteri itu.

Disebabkan kelewatan itu, beliau menjangkakan projek itu akan hanya siap pada tahun 2020.

Sekiranya projek itu dimulakan pada 2015, Wan Junaidi berkata, banjir kilat yang melanda Pulau Pinang pada 15 September tidak akan sebegitu teruk.

Bagaimanapun, katanya kejadian itu adalah akibat hujan lebat dan tiada siapa yang boleh dipersalahkan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS