Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Banjir di Perlis beransur pulih apabila cuma tinggal lapan pusat pemindahan iaitu lima di Parlimen Kangar dan tiga di Parlimen Arau masih beroperasi, manakala enam pusat pemindahan di Parlimen Padang Besar telah ditutup.

Berdasarkan kenyataan Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perlis yang dikeluarkan di Kangar hari ini, sehingga pukul 9 pagi ini terdapat 1,011 mangsa daripada 286 keluarga berada di pusat-pusat pemindahan.

Di Kangar, 398 mangsa daripada 117 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Bintong; SK Panggau (223 mangsa daripada 54 keluarga); SK Sri Perlis (129 mangsa daripada 40 keluarga); Dewan Orang Ramai Kota Keran (68 mangsa daripada 20 keluarga) dan Dewan Orang Ramai Pengkalan Asam (43 mangsa daripada 11 keluarga).

Bagi Parlimen Arau pula mereka ditempatkan di Dewan Orang Ramai Padang Petani (50 mangsa daripada 18 keluarga); SK Kampung Serdang (13 mangsa daripada 3 keluarga); dan SK Long Boh (87 mangsa daripada 23 keluarga).

-Bernama

Lihat Komen
ADS