Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Mahkamah kekalkan keputusan bersalah presiden SAPP

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee dan partinya bersalah memfitnah bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh.

Walau bagaimanapun, dalam mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Mahkamah Persekutuan mendapati pampasan yang diberikan kepada Harris adalah terlalu tinggi dan mengurangkan jumlah RM1 juta itu kepada RM600,000.

Mahkamah juga membenarkan faedah lapan peratus dikenakan ke atas bayaran pampasan itu bermula dari tarikh keputusan Mahkamah Tinggi pada 29 Feb 2012, dan sejumlah wang sebanyak RM200,000 sebagai kos.

Keputusan sebulat suara dibuat hari ini oleh panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif.

Harris memfailkan saman RM50 juta ke atas Yong dan SAPP kerana mengaitkannya dengan kemalangan udara pada 6 Jun 1976 yang menyaksikan ketua menteri Sabah ketika itu, Tun Fuad Stephens dan 10 yang lain terbunuh.

Harris diwakili oleh peguam Trevor Maring King, manakala Yong dan SAPP diwakili oleh Shim Mong Seng.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS