Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kes Gatco: Dua beradik bergelar Datuk direman tiga hari
Diterbitkan:  Sep 26, 2017 12:39 PM
Dikemaskini: 5:54 AM

Dua individu adik-beradik yang bergelar Datuk direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung isu pertikaian pemilikan tanah di Kampung Serampang Indah, Jempol yang dahulunya dikenali sebagai Ladang Gatco.

Menurut portal Utusan Malaysia, perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Mohd Nor Hafidzuddin Yusoff membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dua lelaki terbabit.

Sebelum ini, TheSun melaporkan SPRM menahan dua adik beradik yang adalah sebahagian daripada kumpulan syarikat kendalian keluarga, berhubung isu Kampung Gatco.

Memetik sumber, akhbar itu berkata, adik-beradik berkenaan adalah ketua eksekutif di dua syarikat dalam kumpulan berkenaan, dijangka dikenakan perintah tahanan reman oleh mahkamah majistret di Putrajaya hari ini.

Pada 18 Sept lalu, SPRM menahan seorang lelaki berusia 68 tahun berperanan selaku orang tengah yang dipercayai mempunyai pengetahuan terperinci mengenai perjanjian tanah tersebut.

Beliau dibebaskan daripada tahanan reman hari ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS