Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MyCEB, MAS lanjut perjanjian perkongsian strategik

Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) memperbaharui Perjanjian Perkongsian Strategik (SPA) dengan Malaysia Airlines Bhd (MAB) selama setahun lagi.

Ini berikutan kerjasama positif antara kedua-dua badan berkaitan negara itu dalam mempamerkan Malaysia sebagai destinasi perniagaan dan acara bertaraf dunia.

MyCEB dan MAB mula menandatangani SPA pada 2016, yang disambut baik sebagai langkah strategik untuk menjenama dan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pilihan bagi acara utama dan perniagaan.

"Perkongsian ini telah menyaksikan kerjasama yang baik antara kedua-dua pihak dan kami di MyCEB gembira untuk meneruskannya selama setahun lagi.

"Kami sentiasa berusaha untuk meletakkan Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk acara utama dan perniagaan, serta pembaharuan ini baik untuk sasaran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mencapai 36 juta ketibaan pelancong menjelang 2020," kata Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB Datuk Zulkefli Sharif.

MyCEB merupakan agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, MAB berkata syarikat diwakili oleh Ketua Pegawai Komersial, Arved Von Zur Muehlen pada majlis pembaharuan perjanjian tersebut manakala MyCEB, oleh Zulkefli.

"Malaysia Airlines gembira dengan hasil kerjasama ini dan kami berharap dapat bekerja dengan MyCEB untuk tahun kedua. Perkongsian strategik ini menawarkan sinergi yang sempurna untuk mempromosikan Malaysia sebagai tempat yang sesuai untuk mesyuarat, insentif, konvensyen dan persidangan," kata Arved.

Beliau berkata selain rangkaian dan sambungan MAB yang sangat baik, syarikat penerbangan itu akan terus berusaha menaik taraf produk dan perkhidmatannya bagi memastikan pelawat diperkenalkan kepada layanan mesra Malaysia sebaik sahaja mereka berada dalam penerbangan Malaysia Airlines.

Faedah perkongsian strategik MAB dari segi penyertaan dalam acara perdagangan yang dikendalikan MyCEB, mendapat pandangan langsung daripada pemimpin dalam industri, serta mewujudkan kehadiran jenama yang lebih kukuh dalam industri dan acara industri utama.

Sementara itu, MyCEB akan mendapat manfaat daripada cadangan MAB dalam sambungan global dan memberikan kelebihan kompetitif serta menarik dalam memperoleh bidaan untuk menjadi tuan rumah acara perniagaan antarabangsa dan acara utama di negara ini.

Setakat ini pada tahun 2017, MyCEB bersama rakan-rakan kongsinya telah memenangi 102 persidangan antarabangsa, kumpulan insentif dan acara pameran perdagangan, dengan anggaran nilai kesan ekonomi sebanyak RM696 juta.

- Bernama

Lihat Komen
ADS