Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zambry: Jangan rumitkan pusat nak bantu rakyat

Kerajaan-kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang harus memberi kerjasama kepada Kerajaan Persekutuan dalam urusan melibatkan kepentingan rakyat, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata dalam menjalinkan hubungan kerajaan negeri-kerajaan pusat, kerajaan-kerajaan negeri berkenaan tidak boleh mengutamakan kepentingan politik mereka semata-mata sehingga merumit urusan Kerajaan Persekutuan membantu rakyat demi kepentingan rakyat.

“... kepentingan rakyat harus difikirkan bersama. Adakalanya politik menjadi kriteria utama... tetapi kalau politik semata-mata, kita tidak akan mendapat hasil yang baik, kerana semua pihak harus tahu membezakan urusan kerajaan dan urusan politik.

Ambil Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sebagai contoh, tak pernah beliau mengetepikan kepentingan negeri-negeri di bawah pimpinan mereka, tak ada pula kita dengar PM tak mahu lawat negeri-negeri berkenaan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan bertajuk “Menelusuri Transformasi Nasional (TN) 50: Sinergi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan” di Institut Tadbiran Awam Negara, Bukit Kiara, di Kuala Lumpur hari ini.

Zambry berkata hubungan yang berlandaskan sikap berkonfrontasi tidak akan membawa sebarang faedah, sebaliknya hanya akan merugikan rakyat.

- Bernama

Lihat Komen
ADS