Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
DAP cabar SPRM pastikan calon terpalit 1MDB diketepikan
Diterbitkan:  Sep 27, 2017 4:53 PM
Dikemaskini: 9:54 AM

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang hari ini membuat cabaran berkaitan 1MDB kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad yang mempelawa parti-parti politik untuk mengemukakan nama calon-calon pilihan raya kepada suruhanjaya itu untuk saringan.

Lim berkata jika SPRM boleh mengesyorkan bahawa calon-calon BN yang terpalit dengan skandal 1MDB tidak diletakkan pada pilihan raya akan datang, maka beliau akan mencadangkan kepada jawatankuasa eksekutif pusat DAP agar calon parti itu turut dikenakan proses saringan.

Lim mengulas kenyataan Dzulkifli bahawa hanya BN yang mengemukakan nama pemimpin dan calon berpotensi mereka kepada SPRM untuk saringan sementara parti-parti pembangkang tidak melakukannya.

"Dzulkifli tidak begitu naif kerana tidak tahu sebab sebenar mengapa parti-parti pembangkang tidak pernah menghantar calon calon pilihan mereka ke SPRM untuk saringan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau mendakwa tinjauan pendapat tentang sama ada SPRM dilihat sebagai bebas dan tidak memihak mungkin menyaksikan lebih daripada 90 peratus responden melabel suruhanjaya itu sebagai ‘alat’ Pejabat Perdana Menteri.

Bagaimanapun, Lim berkata beliau bersedia untuk diyakinkan sebaliknya jika SPRM bersedia menerima cabaran berkenaan dengan calon BN yang terpalit dengan skandal 1MDB.

"Bola berada di gelanggang SPRM. Mampukah SPRM melakukannya?" soal Lim.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS