Kumpulan Media Star sedang berusaha untuk mengurangkan 200 pekerja melalui skim pemisahan bersama.

Nikkei Markets melaporkan bahawa memo dalaman dari firma itu berkata skim pemisahan dan pilihan persaraan awal dibuat ketika mereka menghadapi cabaran membuat keuntungan.

"Walaupun kami terus berusaha untuk mengekalkan kedudukan utama dalam industri, lebih banyak perlu dilakukan untuk merasionalisasi tunggak perniagaan kami, salah satu adalah bidang tenaga kerja.

"Kita perlu mengkaji semula keperluan sumber manusia dengan tujuan untuk mengubah menjadi sebuah organisasi yang sihat dan bersedia memenuhi cabaran perniagaan yang semakin meningkat," kata Nikkei yang memetik memo itu.

Memo itu dilaporkan bertarikh Selasa lalu an ditandatangani oleh ketua eksekutif Kumpulan Star Media, Datuk Seri Wong Chun Wai.

Star Media menerbitkan harian bahasa Inggeris The Star, yang menyaksikan keseluruhan langganan yang menurun.

[Baca berita penuh]