Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
M'sia jadi negara ektremis bawah Umno-PAS, dakwa DAP
Diterbitkan:  Oct 1, 2017 4:48 PM
Dikemaskini: 9:09 AM

Tindakan pihak berkuasa mengharamkan satu lagi acara membabitkan minuman keras adalah "tanda jelas" bahawa Umno sedang bekerjasama dengan PAS untuk menjadikan Malaysia negara yang lebih ektremis, kata pemimpin pembangkang Sarawak.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen membidas pihak berkuasa di semenanjung termasuk pihak polis kerana enggan membenarkan penganjuran Oktoberfest dan Better Beer Festival yang telah menjadi acara antarabangsa.

"Ini adalah satu petanda jelas bahawa negara, di bawah Umno / BN yang bekerjasama dengan PAS, bergerak ke arah negara yang lebih ekstremis dan kurang toleransi.

"Apa yang selalu menjadi perayaan dan sambutan tahunan kini dilihat sebagai pantang larang oleh pakatan Umno BN-PAS," katanya.

Chong menyelar polis kerana mengarahkan pengharaman Octoberfest yang merupakan pesta makanan dan minuman (F&B) Jerman di Klang, walaupun acara itu sudah mendapat kelulusan kerajaan Selangor.

Beliau yang merupakan anggota parlimen Kuching dan ADUN Kota Sentosa berkata, Umno kini bertindak seperti "PAS yang ektremis" dan meletakkan komponen parti bukan Melayu dalam BN dalam kedudukan sama.

Octoberfest di Klang itu adalah acara kedua diharamkan kerana membabitkan minuman keras selepas Better Beer Festival di Kuala Lumpur tidak mendapat kelulusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

DBKL memberi alasan keselamatan sebagai faktor untuk tidak membenarkan acara itu dijalankan.

PAS pada mulanya membangkitkan bantahan kepada penganjuran Better Beer Festival dengan mengatakan acara itu boleh mendorong kepada masalah sosial dan jenayah.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS