Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Salleh: Jika begitu semua politikus adalah pelawak, Lim
Diterbitkan:  Oct 2, 2017 6:02 PM
Dikemaskini: 10:07 AM

Mengikut piawaian Lim Kit Siang, kata Datuk Seri Salleh Said Keruak, semua ahli politik dunia boleh dianggap sebagai pelawak.

Kata menteri komunikasi dan multimedia tersebut jika seseorang itu membela parti masing-masing daripada pembohongan dan serangan menjadikan mereka badut, maka setiap ahli politik adalah badut untuk setiap parti masing-masing.

Salleh membuat kenyataan itu sebagai reaksi kepada pandangan veteran DAP itu hari ini.

Dalam kenyataannya Lim berkata dua ahli politik dari Sabah kini menjadi "badut Umno" iaitu Salleh dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Salleh juga bertanya mengenai pendirian DAP terhadap anggota yang gagal mengikut kehendak parti.

"Apabila orang menyokong parti, kamu memanggil mereka badut dan jika mereka tidak mengikut arahan parti kamu memanggil mereka pengkhianat dan memecat mereka.

"Lim perlu membuat pendirian bagaimana dia mengharapkan pemimpin parti menunjukkan kesetiaan masing-masing," katanya melalui catatan di blog beliau hari ini.

Bekas ketua menteri Sabah itu juga bertanya kepada Lim sama ada pemimpin DAP yang tidak bersetuju bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad - namun berdiam diri - boleh dianggap badut juga.

Merujuk kepada insiden dua tahun lalu Salleh berkata Lim turut kelihatan seronok menggunakan gelaran terhadap sesiapa yang tidak sependapat dengannya.

“Hanya dua tahun lalu dia melawat pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menyatakan pujian.

"Hari ini dia membuat mereka marah dengan analogi tiga monyet dan memita ketua pesuruhjayanya Tan Sri Dzulkifi Ahmad serta pegawai kanan SPRM belajar bahasa Inggeris.

"Jadi apabila dia rasa dia boleh menggunakan SPRM untuk menyerang Umno, SPRM adalah kawan. Tapi apabila mereka (dianggap) tidak lagi berguna untuk DAP, mereka adalah tiga monyet," katanya merujuk kepada perumpamaan pernah digunakan Lim baru-baru ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS