Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Teng: 'Festival F&B Jerman ditentukan PBT'
Diterbitkan:  Oct 2, 2017 6:08 PM
Dikemaskini: 11:02 AM

Festival F&B Jerman yang akan diadakan di sebuah pusat beli-belah akan berlangsung seperti dijadualkan kerana penganjur sudah mendapat kebenaran daripada Majlis Perbandaran Klang (MPK), kata Exco Selangor Teng Chang Khim.

MPK telah memberi kelulusan pada 28 September lalu, namun maklum balas rasmi ditangguhkan untuk mendapat pengesahan daripada polis.

Bagaimanapun, Teng menegaskan polis tidak boleh menyekat acara komersial yang mengikut undang-undang.

“Ya, mereka (penganjur) akan teruskan sebab mereka mendapat permit sementara daripada MPK bertarikh 28 September. MPK mengenakan 20 syarat dan bayaran RM400.

“Cuma, mereka belum bayar kerana MPK menangguhkan permit itu, (ekoran) polis buat kenyataan terbuka. Kita tengok macam mana dulu,” kata Teng dalam sidang media hari ini.

Dalam satu surat kepada penganjur acara itu bertarikh 14 September, Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara Noh Omar Sappi berkata polis “tidak mempunyai bantahan” terhadap acara itu dan “menyokong” permohonan penganjur.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Klang Utara Mazelan Paijan pada Sabtu lalu berkata surat seumpamanya tidak wujud dan polis tidak akan membenarkan acara itu berlangsung kerana minuman alkohol akan dihidangkan.

Teng mempertikaikan kenyataan tersebut dan mendakwa polis membuat sekurang-kurangnya 13 kali panggilan kepada pemohon pada 28 dan 29 September lalu meminta penganjur memulangkan surat bertarikh 14 September itu.

Beliau percaya polis menukar fikiran kerana mendapat tekanan ekoran kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi.

“Tak boleh main Tai Chi. Kita (perlu) profesional. Kalau tak ada masakah, dan ini bukan kali pertama diadakan, jadi (perlu) luluskan.

“Jangan takut tekanan daripada mana-mana pihak. Bagi saya, apabila timbalan perdana menteri buat kenyataan, dia di bawah tekanan parti politik tertentu,” kata Teng.

Terdahulu, Ketua Polis Mohamad Fuzi Harun berkata kuasa meluluskan permit bukan di bawah polis, sebaliknya majlis daerah atau majlis perbandaran kawasan yang terlibat.

Bagaimanapun, beliau berkata polis akan menasihatkan pihak yang terbabit yang meluluskan Festival F&BJerman kerana terdapat ancaman.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS