Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis sahkan kotak hitam di Bukit Bintang bukan bom
Diterbitkan:  Oct 3, 2017 12:28 PM
Dikemaskini: 5:50 AM

Polis mengesahkan bahawa kotak hitam yang ditemukan berhampiran pintu masuk sebuah pusat beli-belah terkemuka di Bukit Bintang di Kuala Lumpur malam tadi, bukan bom.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Sukri Kaman berkata polis yang menerima panggilan mengenai penemuan mencurigakan itu menghantar sepasukan unit pemusnah bom ke lokasi.

"Pemeriksaan lanjut mendapati objek itu tidak mengandungi sebarang bahan letupan dan ia dimusnahkan pada kira-kira 1.50 pagi," katanya ketika dihubungi Bernama.

Siasatan lanjut bagi mengenal pasti individu yang meletakkan objek itu di lokasi kejadian sedang dibuat.

-Bernama

Lihat Komen
ADS