F***MErdeka NITE bukan anti-Merdeka, kata penganjur
Terjemahan Sambutan alternatif Hari Kemerdekaan F***MErdeka NITE' bukan anti-Merdeka atau tidak menghormati hari kebangsaan, kata para penganjurnya.
Terjemahan Sambutan alternatif Hari Kemerdekaan F***MErdeka NITE' bukan anti-Merdeka atau tidak menghormati hari kebangsaan, kata para penganjurnya.
Walaupun temanya mencetuskan kontroversi dan kini menjadi bahan siasatan polis, para penganjurnya tetap akan meneruskan acara tersebut, yang dijadualkan esok di Bangsar Utama, Kuala Lumpur.
Penganjur utamanya yang juga bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri, Hishamudin Rais berkata, majlis itu menjadi wadah untuk mereka yang tidak mampu untuk menyambut hari kebangsaan secara besar-besaran.
"Ia bukan anti-Merdeka atau acara lucah seperti tanggapan pihak berkuasa. Saya menulis sebuah sajak sempena majlis sambutan tersebut. Saya hanyalah bemain dengan perkataan. Saya menggunakan perkataan MErde-heka...," katanya.
Menurut Hishamuddin, perkataan 'merdek' bermakna 'najis' dalam bahasa Perancis.
"Sajak tersebut adalah mengenai anti-dadah, anti-alkohol, anti itu dan ini dan sebagainya. Saya mengalu-alukan para pengkritik supaya melihat secara lebih teliti sajak tersebut sebelum melemparkan tuduhah," katanya ketika dihubungi.
Permit polis
Akhbar tabloid bahasa Melayu, KOSMO terbitan kumpulan Utusan Malaysia, melaporkan, polis sedang menyiasat penganjur sebuah konsert yang dipercayai merancang untuk menganjurkan sebuah konsert menghina hari Merdeka, berjodol 'F***MErde-ka NITE'.
Laporan itu memetik Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Penguasa Arjunaidi Mohamed sebagai berkata, polis akan menemui pihak penganjur program itu dan mendapatkan maklumat awal berhubung majlis berkenaan.
Mengulas lanjut mengenainya, Hishamuddin menyifatkan mereka ini sebagai insan yang tidak mempunyai perasaan jenaka, apatah lagi apabila mereka mendakwa (dalam laporan tersebut) yang sajak dan majlis itu menggalakkan aktiviti seks dan aktiviti tidak bermoral
Katanya, majlis tersebut diadakan semata-mata untuk berhibur dengan persembahan oleh kumpulan muzik tempatan dan luar negara, serta program deklamasi sajak oleh para penyajak terkenal.
"Majlis itu akan diserikan dengan dendangan seorang penyanyi buta tempatan, dua kumpulan muzik dari Singapura dan para penyajak. Kami akan meneruskan majlis tersebut," katanya.
"Pihak polis tidak menghubungi kami. Lagi pun, ia adalah majlis persendirian dan untuk tetamu-tetamu jemputan, dan (oleh itu), kami tidak melanggarkan sebarang undang-undang," katanya.
Pada masa lalu, penganjur yang sama telah berjaya menganjurkan acara-acara kesenian bagi membuka ruang kepada penghibur sedang naik, untuk mengetengahkan bakat mereka.
"Majlis seumpama itu diadakan di mana-mana...tidak perlukan permit polis," katanya dalam reaksinya terhadap kenyataan Arjunaidi bahawa acara-acara hiburan tidak boleh melanggarkan syarat-syarat dalam permit polis.
Walaupun pejabat malaysiakini terletak di bangunan yang sama, tetapi ia tidak ada kena mengena dengan acara sambutan tersebut.

