Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Sepasang suami-isteri yang ditangkap kerana menjadikan 13 warga Indonesia sebagai buruh paksa selama tiga tahun telah ditahan reman oleh polis selama tujuh hari.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, perintah tahanan reman telah dibuat di Mahkamah Bintulu petang ini melibatkan suami yang berusia 59 tahun dan isterinya berusia 53 tahun.

Dalam kenyataan ringkas hari ini, beliau berkata, jumlah sebenar warga Indonesia yang berjaya diselamatkan pukul 2.45 petang semalam adalah 13 orang melibatkan 11 perempuan dan dua lelaki bukan 11 warga Indonesia seperti dinyatakan dalam kenyataan media sebelum ini.

“Dua daripada yang diselamatkan ialah remaja bawah umur berumur 15 dan 16 tahun, tujuh warga Indonesia tersebut memiliki pasport tapi tamat tempoh, enam tiada memiliki dokumen perjalananan,” katanya sambil menambah mangsa lain berumur 18 dan 44 tahun.

Menurutnya pasport mangsa telah ditahan oleh suspek dan kini sudah dirampas oleh polis untuk tindakan selanjutnya bagi siasatan di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

 

-Bernama

Lihat Komen
ADS