Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
‘Majlis sekolah bertema Umno berdasar sejarah kemerdekaan’
Diterbitkan:  Oct 4, 2017 12:28 PM
Dikemaskini: 7:28 AM

Ketua Pemuda BN Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Razlan Rafii mempertahankan sebuah majlis pertandingan menghias bilik darjah dan upacara penyampaian hadiah, sebuah sekolah rendah di Putrajaya, semalam yang bertemakan Umno.

“Saya berada di dalam majlis itu dan apa yang di persembahkan adalah ‘Sejarah Kemerdekaan’. Setiap tahun apabila tiba bulan kemerdekaan, banyak sekolah akan melaksanakan pelbagai aktiviti untuk menyemai sikap patriotik, cinta dan sayangkan negara.

“Sejarah menentang Malayan Union dan rombongan Tunku Abdul Rahman Putra membawa rombongan kemerdekaan ke London. Ada sekolah yang melaksanakan program bercerita, bersajak, kuis dan macam-macam lagi.

“Dan ini adalah sejarah kepada kejayaan Malaya melepaskan diri dari cengkaman pembangkang tanpa menumpahkan darah,” kata Razlan dalam satu kenyataan media.

Beliau mengulas kenyataan NGO Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PAGE) yang mendakwa tindakan itu sebagai cubaan ketara menjadikan sekolah sebagai 'sarang politik' yang bakal mengikis keyakinan di sekolah kebangsaan.

Acara di SK Putrajaya Presint 14 (1) semalam menyaksikan para pelajar melaungkan "Hidup Umno"sambil mengibarkan bendera parti dan menyanyikan lagu parti itu.

Selain itu, kibaran bendera Umno juga dihiaskan di seluruh bangunan sekolah, selain sepanduk "Hidup Umno, Hidup Melayu, Dulu, Kini dan Selamanya" juga digantung di tengah-tengah pentas.

“Adakah PAGE tidak boleh menerima sejarah Tunku Abdul Rahman bersama dengan Tun VT Sambanthan dan Tun Tan Cheng Lock bersama memberi ucapan sebelum ke London dan peristiwa sekembali Tunku ke Malaya memberi berita gembira kemerdekaan? (Persembahan murid-murid)” soal Razlan.

Katnya, semua ini adalah sejarah yang tidak boleh dipadam daripada kejayaan negara mencapai kemerdekaan daripada British.

Oleh itu, Razlan menggesa NGO seperti PAGE untuk bekerjasama dan memberi idea mengenai cara menyemai semangat patriotisme kepada rakyat supaya mereka tidak lupa sejarah negara.

“PAGE patut hadir sekali dan belajar bagaimana mahu mengekalkan sikap patriotik yang semakin hilang dalam rakyat Malaysia akibat daripada permainan politik yang jijik sehingga sanggup berkata buruk terhadap negara sendiri, dan menjadi NGO yang bersama memberi idea untuk memikirkan bagaimana Malaysia terus disayangi,” katanya.

Menururt Razlan, tidak ada yang pelik sekiranya sekolah melaksanakan program kemerdekaan dan ia adalah satu sistem demokrasi yang diamalkan didalam pentakbiran negara.

“Yang menjadi pelik hari ini apabila ramai yang tidak boleh menerima kenyataan kejayaan Umno menolak Malayan Union dan membawa kemerdekaan.

“Tahniah kepada sekolah-sekolah di Putrajaya kerana melaksanakan Kempen Kemerdekaan dan dengan berjaya melaksanakan acara penutup bagi mengenang budi dan jasa pemimpin-pemimpin pejuang kemerdekaan,” katanya.

Lihat Komen
ADS