Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Polis dilaporkan telah mengutus sepucuk surat kepada Datuk Bandar Petaling Jaya Datuk Mohd Azizi Mohd Zain untuk menyatakan bahawa mereka tidak menyokong "Festival Bavarian" yang dipercayai sebagai sebahagian daripada perayaan Oktoberfest di sebuah pusat membeli-belah.

"Merujuk kepada perkara di atas, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya tidak menyokong penganjuran Festival Bavarian.

"Pendirian ini dibuat berdasarkan maklumat risikan keselamatan bahawa penganjuran acara ini akan menjadi tarikan kepada serangan pihak militan dan seterusnya, mencetuskan ketenteraman awam," petik surat yang dikesan oleh Malaysiakini itu.

Surat bertarikh 3 Oktober itu telah dialamatkan kepada pejabat Datuk Bandar Petaling Jaya dan memberi tandatangan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din.

Ketika dihubungi, Mohd Zani enggan mengulas lanjut dan sekadar memaklumkan beliau sudah memberi pendapatnya kepada Datuk Bandar.

Jurucakap 1 Utama, yang merupakan penganjur Festival Bavarian pula sekadar berkata, mereka telah mengemukakan permohonan kepada pihak berkuasa yang berkaitan dan menunggu jawapan mereka.

Malaysiakini juga cuba menghubungi Datuk Bandar dan sedang menunggu jawapannya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS