Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita

Hasrat DAP untuk bertanding di dua dewan undangan negeri (DUN) Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) mungkin sedikit 'terencat' kerana dikatakan ada rakan parti komponen Pakatan Harapan berminat bertanding di DUN yang sama.

"Memang DAP minta meletakkan calon di dua DUN iaitu Kota Lama dan Galas, tetapi setakat ini berlaku pertembungan calon," kata satu sumber.

"Parti komponen tersebut mahu letak calon mereka di DUN Kota Lama dan berharap DAP hanya bertanding di DUN Galas," katanya kepada Malaysiakini di Kota Bharu, semalam.

Sebelum ini, HARAPAN Kelantan mendedahkan wujudnya permintaan daripada DAP untuk bertanding di Kelantan selepas lebih 30 tahun tidak meletakkan calon mereka.

Kali terakhir, DAP mempertaruhkan calon mereka pada 1986 bagaimana tewas.

Bagaimanapun menurut Timbalan Pengerusi HARAPAN Kelantan, Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah, perkara itu masih belum diputuskan.

Kata sumber tersebut lagi, keadaan itu sedikit-sebanyak merencatkan perancangan DAP dalam usaha untuk menawan hati pengundi yang sudah pun dilakukan sejak awal lagi.

Menurutnya, perebutan itu dikatakan berlaku susulan kerusi DUN Kota Lama dikenal pasti sebagai kawasan selamat untuk HARAPAN menang.

"Kota Lama satu DUN yang memiliki ramai pengundi kaum Cina, mereka sedar pengundi Cina ini akan memberi undi 99 peratus pada HARAPAN.

"Jadi sekiranya DAP beralah, kemungkinan besar hanya akan bertanding di DUN Galas sahaja, " kata sumber itu yang tidak mahu namanya disebut.

Tambahnya, pembahagian kerusi itu belum dimuktamadkan.

"Kita tengoklah macam mana keputusannya nanti," ujarnya.
 

Lihat Komen
ADS