Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita

Cemuhan, ejekan dan sorakan menyambut Zaidi Ahmad dari DAP dalam cubaan kali keduanya untuk bertanya soalan kepada Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa dalam satu dialog di Permatang Pauh, Pulau Pinang, malam tadi

Pada malam Selasa, bekas juruterbang jet pejuang TUDM itu bertanya kepada Annuar mengenai firma Malaysia yang dibebani hutang, di majlis dialog anjuran Umno Balik Pulau, yang digelar "Perjuang4All".

Annuar membenarkan Zaidi, yang kini menjadi pembantu politik Ketua Menteri Lim Guan Eng, untuk bertanya mengenai skandal kewangan, yang sedang disiasat oleh beberapa negara berhubung dakwaan pengubahan wang haram.

Berbekalkan laporan dari Jawatankuasa Kira-Kira wang Negara, Zaidi mencabar Annuar untuk menjelaskan kontroversi yang menyelubungi sumbangan RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Beliau juga memetik saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) terhadap individu tertentu, termasuk anak tirinya Najib - Reza Aziz dan hartawan perniagaan kelahiran Pulau Pinang Low Taek Jho, atau Jho Low - bagi pembelian barangan mewah - lukisan, hartanah dan barang kemas - dengan wang yang didakwa dicuri dari 1MDB.

Beliau meminta Annuar menjelaskan perkara itu, tetapi mendapat reaksi balas hadirin yang mencemuhnya.

Najib telah bertegas bahawa beliau tidak melakukan sebarang salahlaku, manakala Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah membersihkan perdana menteri daripada sebarang salahlaku berkaitan dengan 1MDB.

Annuar, sambil tersenyum, meminta hadirin supaya bertenang dan memberi Zaidi peluang untuk menyatakan pandangannya.

Annuar memetik ayat dari al-Quran dan berkata tuhan bekerja secara misteri kerana Zaidi telah tergerak untuk menghadiri program tersebut.

Bekas pengerusi MARA itu memberitahu orang ramai yang berjumlah 300 orang itu, yang kebanyakannya berpakaian baju Umno, bahawa semalam (malam Selasa) Zaidi juga telah bersama mereka dan mereka telah melayannya dengan baik.

Seorang hadirin kemudian kedengaran melaungkan "Hidup Zaidi!' ketika Annuar berkata, "Mari kita berdoa agar Allah akan membuka hatinya."

Kata Annuar jika dua orang yang menurutnya paling degil di Malaysia - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan presiden AMANAH, Mohamad Sabu boleh berubah hati (meninggalkan parti mereka untuk menyertai yang baru), maka, beliau bertanya "siapalah Zaidi?"

Annuar kemudian memberitahu Zaidi bahawa dia tidak akan menjawab pertanyaannya mengenai 1MDB lagi kerana dia telah "menjawab semuanya" di Balik Pulau pada malam Selasa, sambil menambah bahawa soalan Zaidi adalah serupa dengan yang sudah ditanyanya sebelum ini.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS