Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'H' itu tak wujud di pejabat PM, kata pegawai Najib
Diterbitkan:  Oct 5, 2017 12:08 PM
Dikemaskini: 4:21 AM

Tiada 'H' di Pejabat Perdana Menteri yang didakwa cuba menyogok pemimpin muda pembangkang Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan wang RM5 juta, kata Setiausaha Akhbar Perdana Menteri.

Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad juga berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga tidak mempunyai penasihat kanan yang dirujuk itu.

“Pejabat Perdana Menteri tidak mempunyai seorang pegawai bernama sedemikian berkhidmat dengan perdana menteri,” jawabnya ringkas kepada Sinar Harian, semalam.

Sebelum ini, Syed Saddiq mendakwa beliau diumpan RM5 juta oleh penasihat kanan Najib untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Oxford dengan biasiswa RM400,000.

Tawaran termasuk dana untuk bekas jaguh debat Asia itu memulakan sekolah debat sendiri di seluruh negara.

Dalam wawancara bersama akhbar itu kelmarin, Syed Saddiq sebagai ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa pujukan meninggal bersatu itu dibuat melalui orang tengah.

Beliau mengaku mengenali individu itu tetapi tidak pernah bersua.

Orang tengah itu juga didakwa cuba meyakinkannya bahawa RM5 juta itu bukan rasuah sebaliknya geran bagi membantu rakyat melalui penubuhan sekolah debat.

Lihat Komen
ADS