Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kekurangan permintaan bagi mata wang tempatan susulan aktiviti perkhidmatan AS yang lebih kukuh berbanding jangkaan telah memberi dorongan kepada mata wang negara maju itu.

Pada 9 pagi, nota tempatan diniagakan pada 4.2270/2300 berbanding dolar AS daripada 4.2260/2290 yang dicatatkan pada 6 petang Rabu.

Peniaga berkata, laporan aktiviti perkhidmatan yang dikeluarkan AS menunjukkan ia mencecah paras tertinggi sejak 2005 sekali gus menandakan kekukuhan ekonomi AS.

Ringgit bagaimanapun meningkat berbanding mata wang utama lain hari ini.

Mata wang tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1010/1046 daripada3.1064/1098 pada Rabu dan naik berbanding yen kepada 3.7487/7517 daripada 3.7558/7591.

Ringgit turut kukuh berbanding euro kepada 4.9684/9736 daripada 4.9689/9729 semalam dan stabil berbanding pound kepada 5.5944/5997 daripada .6071/6119.

- Bernama

Lihat Komen
ADS