Menteri Pelajaran Datuk Seri Mahdzir Khalid akan menangani kontroversi sekitar pertandingan menghias bilik darjah dan persembahan bertema Umno yang diadakan di sebuah sekolah rendah di Putrajaya.

Bercakap kepada Malaysiakini, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Chong Sin Woon berkata menterinya akan memberi jawapan.

"Kami telah mencapai kesepakatan, menteri akan jawab," kata pemimpin MCA itu.

Walau bagaimanapun, Malaysiakini gagal menghubungi Mahdzir untuk ulasannya mengenai isu itu, yang mendapat kritikan dari pelbagai pihak.

Selasa lalu, kontroversi tercetus susulan kehadiran Tengku Adnan di SK Putrajaya Presint 14 (1) yang bukan sahaja menyampaikan ucapan berunsur politik, tetapi juga kerana bendera Umno dihias di seluruh sekolah manakala pelajarnya pula menyanyikan lagu parti itu.

Dalam ucapannya, menteri itu juga menggesa para guru untuk menyertai Umno.

[Baca berita penuh]