Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita

Memandangkan, pihak polis secara rasmi menyatakan tidak akan meluluskan sebarang permit bagi penganjuran pesta makanan dan minuman (F & B) Jerman yang dijadualkan di sebuah pasar raya di Klang pada 12 dan 13 Okt ini, keputusan akhir sama ada acara itu boleh diteruskan terletak di tangan pihak berkuasa tempatan, kata ahli exco kanan Selangor, Datuk Teng Chang Khim.

Teng berkata polis daerah Klang Utara telah menulis surat kepada Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada 2 Oktober lalu, tetapi keputusan akhir terletak pada MPK, dan kerajaan negeri tidak akan campur tangan.

Beliau berkata bahawa jika dirinya adalah presiden MPK, beliau akan membiarkan majlis berkenaan diteruskan seperti yang dirancang kerana acara itu tidak diwajibkan untuk mendapatkan kelulusan polis.

Bagaimanapun, beliau berkata MPK perlu mengambil kira isu keselamatan selepas pihak penganjur gagal mendapatkan ‘lampu hijau’ oleh pihak polis.

"Kami mempunyai prosedur pentadbiran, kami akan meminta pendapat polis, jadi Datuk Bandar perlu mempertimbangkan sama ada pihak polis akan menyokong acara tersebut.

"Kami tidak dapat memberikan tahap keselamatan seperti polis, ini adalah bidang kuasa mereka, jika mereka enggan menunaikan tanggungjawab ini, maka sukar bagi penganjur untuk memastikan tahap keselamatan yang sama," kata Teng dalam satu sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata kerajaan Selangor tidak akan campur tangan dalam pentadbiran pihak berkuasa tempatan selagi peraturan dan syarat-syaratnya dipatuhi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS