Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images

Selaras dengan keputusan polis yang tidak akan meluluskan sebarang permit bagi penganjuran pesta makanan dan minuman Jerman di sebuah pasar raya pada 12 dan 13 Okt ini, Majlis Perbandaran Klang (MPK) dijangka mengambil keputusan sama berdasarkan persetujuan bersama.

Menurut beberapa ahli majlis yang dihubungi oleh Malaysiakini, terdapat kebimbangan bahawa MPK tidak dapat mengawal keselamatan sekiranya sesuatu yang tidak diduga berlaku tanpa kehadiran polis.

Malaysiakini juga difahamkan Presiden MPK Datuk Mohamad Yasid Bidin mengadakan pertemuan tidak formal dengan sepuluh ahli majlis bukan Islam di pejabatnya pada kira-kira 8.30 pagi tadi.

Perjumpaan itu diaturkan selepas MPK menerima surat dari pihak polis semalam.

Pada perjumpaan selama 45 minit itu, ahli majlis bersetuju bahawa mereka akan akur dengan nasihat polis dan tidak akan mendesak supaya acara itu tetap diteruskan.

Seorang ahli majlis yang tidak mahu mendedahkan namanya memberitahu Malaysiakini bahawa Mohamad Yasid juga bersetuju dengan pandangan mereka, walaupun keputusan akhir hanya akan dibuat selepas mesyuarat rasmi diadakan.

Menurut kelaziman, jika penganjur gagal mendapatkan surat sokongan dari polis, MPK tidak akan meluluskan acara itu, katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS