Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Cabaran debat: Pua mahu berdepan ‘bos’ bukan budak suruhan
Diterbitkan:  Oct 6, 2017 6:26 PM
Dikemaskini: 10:32 AM

Anggota Parlimen DAP, Tony Pua tidak ada masalah untuk berdebat mengenai projek terowong bawah laut Pulau Pinang tetapi menegaskan bahawa beliau mahu bersemuka dengan Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, yang juga seorang menteri.

Dalam mesej teks kepada Malaysiakini, beliau berkata, dirinya tidak akan melayan cabaran debat daripada budak suruhan seperti Eric See-To.

"Mengarut! Siapa dia? Dia bukan pun seorang anggota Parlimen atau timbalan menteri. Kenapa saya harus berbahas dengan budak suruhan?

"Saya bersetuju untuk berdebat mengenai projek terowong dan 1MDB tetapi hanya dengan bosnya, Abdul Rahman," katanya.

Hari ini, See-To, yang adalah timbalan pengarah komunikasi strategik BN, mengheret Pua ketika menerima cabaran Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli untuk berdebat berhubung pungutan cukai.

See-To berkata beliau bersedia berdebat dengan Rafizi dengan syarat, pemimpin PKR itu meyakinkan Pua untuk berdepan dengannya berbahas mengenai projek terowong.

Sementara itu, Pua berkata See-To tidak boleh menggunakan dirinya sebagai alasan untuk mengelakkan perdebatan dengan Rafizi.

"Jika See-To ‘kecut’ dan cuba elak berdebat dengan Rafizi, tak perlu beliau mengheret saya," kata pemimpin DAP itu sambil mengulangi bahawa beliau hanya mahu berdebat dengan Abdul Rahman dan bukannya orang lain.

Rafizi, sebaliknya, mengkritik See-To kerana bersembunyi di sebalik syaratnya itu dan tidak menerima cabaran perdebatannya secara terang-terangan.

"Saya lebih bersedia untuk berbahas dengannya. Apa urusannya dengan Pua dan DAP, itu masalahnya.

"Jika beliau pemimpin yang dipercayai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meyakinkan rakyat dengan hujah-hujah, maka beliau tidak seharusnya mengenakan sebarang syarat," katanya kepada Malaysiakini.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS