Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Lesen Khas Umrah (LKU), yang dilancarkan secara rasmi pada Selasa untuk semua agensi pelancongan yang menjual dan mengendalikan pakej Umrah dan Ziarah, berkuat kuasa mulai 1 Oktober lepas.

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dalam kenyataan hari ini berkata kumpulan pertama 25 syarikat telah diberi LKU pada hari berkenaaan.

“Pihak kementerian sedang memproses kelulusan bagi semua syarikat agensi pelancongan yang telah mengemukakan permohonan masing-masing sejak LKU dibuka untuk permohonan pada 20 Sept lepas.

“Keputusan kelulusan lesen itu akan dimaklumkan secara rasmi melalui laman web di www.motac.gov.mydan pemakluman melalui surat rasmi kepada semua syarikat yang berjaya dari semasa ke semasa,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, kementerian itu menyeru orang ramai supaya tidak panik untuk membuat pembatalan pakej yang dibeli kerana proses kelulusan sedang dijalankan terhadap 103 syarikat yang mengemukakan permohonan lesen berkenaan.

Piagam pelanggan pemprosesan LKU adalah dalam tempoh 20 hari bekerja setelah dokumen lengkap diterimamanakala pengecualian fi proses dan fi lesen diberikan kepada semua syarikat yang layak memohon sehingga 31 Disember ini.

-Bernama

Lihat Komen
ADS