Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Budak suruhan' ini yang beri pinjam Pua RM100,000'
Diterbitkan:  Oct 6, 2017 10:49 PM
Dikemaskini: 3:02 PM

Perang mulut antara Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik BN, Eric See-To dan anggota parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua belarutan hingga mengheret kepada isu peribadi.

Menulis di Facebooknya, See-To mendakwa beliau pernah memberikan pinjaman sebanyak RM100,000 kepada Pua kira-kira 12 tahun lalu.

Ini selepas Pua membuat kenyataan tidak akan melayan cabaran debat daripada See-To yang disifatkannya sebagai 'budak suruhan'.

Sebaliknya Pua mahu berdebat mengenai projek terowong bawah laut Pulau Pinang dengan bersemuka sendiri dengan Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Menurut See-To, beliau dan Pua mengenali satu sama lain sejak 15 tahun lalu ketika mereka berdua menjalankan syarikat IT dengan masing-masing pernah mendapatkan projek bersama.

"Sejak dia menyenaraikan syarikatnya dalam keadaan tergesa-gesa pada tahun 2001, Cybervillage milik Tony Pua terus bertahan selama enam tahun dari tahun 2002 hingga 2007, sehingga Tony Pua meninggalkan syarikat itu dan menyertai DAP.

"Apabila syarikatnya mendapat beberapa isu aliran wang tunai pada tahun 2005 atau 2006, sebelum dia masuk ke politik, dia memanggil saya untuk dapatkan pinjaman RM100k"

"Dan dalam beberapa jam, 'bukan sesiapa' inilah yang membantunya yang kemudian memberikan saya surat IOU ini," tulis See-to, merujuk kepada Surat Pengakuan Hutang, yang didakwa ditandatangani Pua.

Surat itu juga dilampirkan menerusi Facebook beliau.

See-To berkata, meskipun berbeza fahaman politik beliau adalah orang pertama mengucapkan tahniah kepada Pua apabila dipilih sebagai anggota parlimen pada tahun 2008.

"Tapi saya rasa sekarang dia adalah anggota parlimen yang "terbang tinggi", dia boleh katakan saya sebagai bukan sesiapa dan tidak anggap saya sebagai kawan.

"Masa telah berubah, saya rasa kamu perlu jadi sekurang-kurangnya timbalan menteri hari ini supaya Tony Pua 'akan' layan kamu," katanya sambil menambah beliau terpaksa mendedahkan IOU itu selepas Pua melakukan serangan pertama terhadapnya.

"YB Tony, kamu benar-benar mengecewakan saya, saya rasa kemasyhuran dan kuasa telah mengubah kamu sekarang," katanya.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Pua berkata beliau akan memberikan respon dalam masa terdekat.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS