Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dr M: Tian Chua bimbang rayuan membawa kepada hukuman penjara lebih lama

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua telah menyuarakan kebimbangan tentang hukuman penjara yang lebih panjang sekiranya beliau meneruskan rayuannya, kata Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau mendakwa Chua, sebelum menjalani hukuman penjara, telah menghubunginya untuk menyuarakan kebimbangan itu, dan ini, menurut Dr Mahathir, memperlihatkan kurang keyakinan terhadap sistem kehakiman Malaysia.


Menurutnya, Tian Chua berkata dia boleh membuat rayuan, tetapi jika merayu (hukuman penjara) boleh dinaikkan hingga lima bulan, jadi lebih baik masuk penjara selama sebulan.

Dr Mahathir berkata (Tian Chua berpandangan begitu) kerana kurang keyakinan terhadap sistem perundangan dan sistem kehakiman negara, sehingga terlalu takut untuk merayu.

"Jika kita merayu, hukuman kita mungkin meningkat - (akhirnya kita mungkin dapat) bukan sebulan, tapi lima (bulan)," tambahnya.

Mantan perdana menteri itu berkata itulah situasinya sekarang, dan berkata negara mesti dipulihkan kepada mematuhi kedaulatan undang-undang.

Dr Mahahathir berkata demikian dalam perhimpunan solidariti yang diadakan di luar pejabat Chua di Jalan Sentul, Kuala Lumpur malam tadi.

Seramai 200 orang menghadiri acara tersebut.

Sementara itu, Dr Mahathir menolak tuduhan terhadap Chua sebagai tidak berasas, dan mendesak mereka yang hadir mengundi Pakatan Harapan untuk berkuasa supaya dapat menubuhkan sebuah kerajaan yang menghormati kedaulatan undang-undang.

Beliau meminta hadirin supaya menghadiri perhimpunan anti-kleptokrasi pada 14 Oktober ke arah mencapai matlamat itu.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS