Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Tiada perseteruan dalam kalangan anggota Umno Bahagian Semporna, kata Pemangku Ketua Umnonya Datuk Seri Nasir Tun Sakaran.

Katanya, 'pergolakan' yang nampak berlaku itu hanya sengaja dimainkan pihak tertentu.

"Tiada apa yang berlaku di Umno Semporna ini, bergaduh kecil itu ibarat bergaduh dalam ikatan kekeluargaan seperti sesama adik-beradik. Tersalah faham itu perkara biasa dan kita sedaya upaya cuba perbaiki kekurangan serta kelemahan," katanya.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallah berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis solat hajat perdana bagi calon Pentaksiran Tingkatan Tiga, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia di surau Sekolah Menengah Agama Tun Sakaran di Semporna, hari ini.

Beliau berkata perkembangan Umno ketika ini adalah normal dan pelbagai perkara berbangkit di media sosial itu adalah lumrah.

"Fokus kita adalah bekerja mendekati rakyat, meneruskan kerja membantu rakyat menerusi program yang disediakan kerajaan," katanya lagi.

-Bernama

Lihat Komen
ADS