Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Dibebaskan awal, Jamal nak buat pesta aiskrim
Diterbitkan:  Oct 7, 2017 10:26 PM
Dikemaskini: 3:23 PM

Polis membebaskan Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos sehari lebih awal sebelum tempoh tahanan remannya berakhir esok.

Jamal dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Selangor kira-kira jam 7.30 malam tadi.

Pemimpin gerakan Baju Merah itu bersama tujuh yang lain ditangkap malam Jumaat lalu, berikutan aksi memecahkan botol arak di hadapan bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), Khamis lalu.

Polis berkata Jamal disiasat di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan iaitu menyertai perhimpunan haram yang dibaca bersama Seksyen 268 kerana menyebabkan kemudaratan awam.

Bercakap kepada pemberita, Jamal berkata beliau dibebaskan awal kerana polis telah menyelesaikan siasatan mereka.

Menjelaskan tindakannya, beliau berkata aksi itu bertujuan untuk menunjukkan bahawa meminum alkohol adalah tabiat yang buruk.

"Bukan setakat orang Melayu beragama Islam menegah daripada minum arak. Agama-agama lain pun dalam dunia ini memang tak pernah pun menyebut minum arak ini satu perkara yang baik.

"Dan mana-mana agama pun menegah minum arak. Tapi agama lain biarlah mereka dengan agama mereka.

"Tapi moral dari apa yang berlaku ini, untuk memberikan mesej kepada kerajaan negeri, untuk berhenti memberi kebenaran kepada penganjur," katanya.

Penganjuran acara melibatkan minuman keras di Kuala Lumpur dan Selangor tidak mendapat kebenaran pihak polis, manakala acara lain yang diadakan di Johor, Pulau Pinang dan Sarawak dijangka akan diteruskan tanpa sebarang gangguan.

Jamal berkata penangkapannya tidak akan menghalang beliau daripada membantah perkara yang dianggap salah.

Beliau juga berkata akan menganjurkan satu pesta makan aiskrim di Shah Alam, Rabu depan dan akan membuat permohonan kepada Majlis Bandaraya Shah Alam, esok.

Lihat Komen
ADS