Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mahdzir Khalid menggelar bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai “pencacai DAP”.

“Walaupun Tun Mahathir kata bukan DAP dominan tapi saya tahu memang DAP sebenarnya yang dominan.

“DAP dominasi dalam Pakatan Harapan dan Mahathir dengan pasukannya sekarang adalah menjadi ‘pencacai’ DAP,” kata Mahdzir dalam sidang media di SK Putrajaya Presint 17, hari ini.

Menteri pendidikan berkata demikian ketika diminta mengulas permohonan seorang pemimpin DAP untuk mengadakan program berkaitan sejarah pentadbiran parti itu di Pulau Pinang.

Permohonan itu dibuat sebagai selepas timbul kontroversi penganjuran acara bertemakan Umno di sebuah sekolah di Presint 14 di Putrajaya sebelum ini.

Sementara itu, Mahdzir berkata Mahathir sering kali menimbulkan sentimen politik kebencian terhadap kerajaan.

“Jadi, apa saja yang berlaku dalam HARAPAN dikuasai sepenuhnya oleh (Lim) Kit Siang dan (Lim) Guan Eng.

“Jadi, dia nak tunjuk kehebatanlah dan dalam soal kerajaan ini dia nak tunjuk sampai macam itu sekali, tak payahlah,” kata Mahdzir.

Tambah Mahdzir, beliau menasihatkan semua pihak agar tidak terus menerus menimbulkan sentimen politik kebencian.

Lihat Komen
ADS